Soalan-soalan Lazim Pengisian SPS 2013 (TERKINI)

1. Guru Admin SPS sekolah diarahkan untuk melengkapkan data maklumat staf/guru dan pelajar selewat-lewatnya pada November 2013. Apakah saya perlu mengisi semua maklumat tersebut dengan lengkap?

Seperti yang telah dimaklumkan dalam sesi latihan sebelum ini, Guru Admin perlu mengisi maklumat yang bertanda * sahaja iaitu semasa proses memasukkan data staf/guru pada kali pertama. Selepas memberi kebenaran kepada guru-guru untuk akses ke dalam sistem maka individu berkenaan diminta untuk melengkapkan sendiri maklumat mereka.

Bagi maklumat pelajar/murid, Guru Admin SPS wajib melengkapkan Pengurusan Kemudahan Sekolah (Selenggara Kemudahan Sekolah),Maklumat Staf dahulu diikuti dengan Pengurusan Pentadbir Sistem dan Pengurusan Maklumat Sekolah ( Selenggara Darjah @ Tingkatan ). – *Mohon Guru Admin rujuk Carta Alir dan Manual Pengisian yang dimuatnaik.

Guru Admin harus membenarkan pelajar untuk melengkapkan sendiri maklumat peribadi pelajar tersebut apabila telah diberi kebenaran untuk akses ke SPS sepertimana memberi kebenaran kepada Guru Kelas dan lain-lain guru.

 

2. Adakah saya perlu memasukkan data bagi murid/pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 serta 5 Tahun 2013?

YA. Pihak Pengurusan Maklumat memohon agar data tersebut diisi kerana proses perpindahan atau pergerakan pelajar itu akan berkesinambungan hingga ke peringkat seterusnya.

 

3. Saya dapati data-data dalam SPS sekolah saya telah ada walaupun tidak memasukkannya secara manual. Saya tidak tahu pihak manakah yang menyuntik data tersebut. Ada masalah berlaku apabila pertindanan data dan ada menu-menu yang tidak dipapar dalam SPS. Apa yang patut saya lakukan?

Pihak tuan/puan harus segera menghubungi Help Desk. Gunakan Borang Aduan Rasmi dan laporkan masalah yang berlaku. Sisipkan juga gambar masalah yang berlaku dengan “screen capture”. CC kan juga email anda kepada pihak juspsjohor@gmail.com

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: